Wednesday, February 25, 2009

crite ttg laptop...


:::23 January 2009:::

arini byk gak keje..as usual wat extraction la pe lg..ptg tu dah abis wat extraction aku balik la ke bilik..terserempak ngn abg nuar...laptop baru dah sampai..adussssss...awal la plak...duit xde lg ni..cmne ni? janji ngn abg nuar nk byr laptop tu esok..n gtau dia jugak jgn bg lg laptop tu kt aku..xmo pegang lagi selagi xbyr...

3.45ptg::kak aty msg ajak aku blik..so prepare la tuk blik..kms2 sume brg..pintu bilik dibuka..dzha ngn uar masuk..meka bg kotak acer kt aku..ala...dh dpt dh laptop..cmne ni???duit xde lg nk byr..adusss...mmmm...xpela esok la p asb kuarkan duit..mencari org...last kuz offer diri..dia pun nk p gak..okla set kuz bwk aku kuar p asb esok..

:::24 February 2009::::

lbh kurang kul 10am we ol kuar p asb..smpai kt asb..hampess...buka handbag coach tu..xde la plak buku akaun...cmne nk kuarkan duit...truk btul aku ni...ape daaaaaaaa....tup tup..xdpt nk kuarkan duit aritu..antar msg kt abg nuar..mintak tgguh byr minggu dpn..nsb baik la dia leh tolerate...

Brand : Acer aspire 4935
Spec : intel core 2 duo processor
1gb DDR2
14.0" HD Acer CineCrystal LED LCD
250gb HDD

ok la tu..tp xpuas ati gak sbb usb ade 3 je..mane nk letak broadband,nk letak cooler,nk letak pendrive???mmm...xpe la...
bersyukur at least ade gak laptop..tp tetap sayang lagi ngn laptop twinhead tu..

Saturday, February 21, 2009

12 TANDA KAMU jatuh cinta

12 TANDA KAMU 
TELAH JATUH CINTA PADA SI DIA


TANDA KEDUABELAS:
Anda bersembang dengan si dia hingga larut malam
dan bila anda hendak melelap mata, anda masih mengingatinya

 TANDA KESEBELAS:
Anda berjalan lambat-lambat bila beriringan dengannya

TANDA KESEPULUH:
Anda tidak selesa bila si dia berjauhan

 TANDA KESEMBILAN:
Anda tersenyum sebaik sahaja terdengar suaranya

TANDA KELAPAN:
Tatkala bersama si dia, anda tidak nampak orang lain 
di sekeliling anda


TANDA KEENAM:
Si dia adalah segala-galanya yang anda inginkan

TANDA KELIMA:
Anda menyedari yang anda akan tersenyum 
setiap kali bertentang mata dengannya


TANDA KEEMPAT:
Anda akan lakukan apa sahaja untuk bersamanya

TANDA KETIGA:
Ketika membaca tulisan ini, 
wajah dialah yang sentiasa terbayang di mata


TANDA KEDUA:
Anda sentiasa teringatkannya sehinggakan anda lupa 
TANDA KETUJUH tiada di dalam senarai ini

TANDA PERTAMA:
Anda akan menyemak sama ada benarkah tiada 
TANDA KETUJUH kerana asyik mengingatinya!


SEKARANG, TAHUKAH ANDA 
SIAPAKAH SI DIA ITU?

Thursday, February 19, 2009

nsf=kenny rogers


11 February 2009 : 8.45 pm : Tesco Kota Bharu


us..

layan pic je la..ni mkn kt kenny rogers sempena kesyukuran dapat biasiswa NSF [National Science Fellowship] tajaan MOSTI..yg dapat ni aku,wana n mar..so kitaorg bertiga la yg blnje..ni sume rumate aku..tp termasuk gak labmate kami..








Kek Hati Di 14 Februari


Tempahan dari org jauh kepada seseorang yg mungkin istimewa baginya di utara ni .. tapi customer ni minta identitinya dirahsiakan..mcm secret admire gitu... hmmm camna pun takpa, janji customer & penerima kek ni suka.. dan penerima ni sms kata kek ni sedap cuma nak tau sgt sapa yg tempah kek ni.. Maaf la sebab takleh bagitau, ni amanah org kan.. sekali org dah tak pecaya, manyakkk sushhaahhh woooo...hehehehe..


Comment aku utk kek aku sendiri...
- aising agak lembik dan susah nak bentukkan kelopak bunga ros..
(tu la... padan muko den, sapa suruh try resepi baru!!!)
- board bentuk love takdak plak..merata kedai cari, susah tul nak dpt stok papan bentuk love kat sini.. terpaksa ganti bentuk bulat..
- antara kek yang paling cepat aku siapkan..

dipetik dr blog raqynrafiqin...

ainzfathma said : huhuhu..mmg tuk yg tersayang pun..tp bkn tuk celebrate valentine k?lgpun si dia ckp kek ni sampai kt dia 13 Februari...saje bg kt dia juz to wish gud luck je...(^^,)

darahkula


hmm..xtau nk start cmne..bru leh duduk..biase r arini ari kamis ain jd darahkula...arini dpt paksa 15 org bg darah..paksa berguna ape??dah la dpt duit..wat test free..kite yg byrkan kt dorg..xkan r darah 3ml xleh nk tolerate kot??drh 3ml dalm tube EDTA tu diam bil tuk wat screening for alpha thalassemia..1st tu run for FBC..full blood count..lps tu run for hplc..tuk nk tgk result A2 n F..HPLC still lg running..so result xleh nk kuarkan lagi..untuk OFT n DCIP..dah settle dah run..arini test power reagent asnah..ye la kit aku upenya dah expired..kire ni nk guna yg asnah tuk test aku py kit yg lama tu still leh gune lg ke x..kit oft asnah aku pinjam 13 tube while for dcip lak aku pinjam 9tube..dapat result tu ade la tuk OFT yg btul2 turbid ade 2 tube [sample 133 n 134]..ade lgi 2 sample 2[sample 140 n 146]..xsure sgt..mcm turbid n mcm x..kalo ikutkan indices MCV n MCH,tuk sample 140 normal je..tp tuk sample 146 mmg poblem r..xpela wat masa ni report as positive lu..nnt dah wat pcr bru leh confirm kan..tuk DCIP lak..sample 133 and 134 tetap positive..mmg patut pun indice tu pun dah semacam..mmm..xpe2..skrg ni dah berjaya collect sample 146..tggl 54 sample je lg..5minggu collect ni leh siap lah agaknya..siap collect sample je..test byk lagi kne wat...bile lak nk siap..PCR xbuat lagi..nk kne wat PCR b4 bln 4 ni..sbb bln 4 nk antar abstract tuk present bln 5 n 6..husband tuk patient yg positive xpanggil lagi..tuk consult pun xbncg lagi ngn dr.Nora ni..huh..sume tu kne wat dlm masa terdekat ni..xtau la cmne..skrg ni pun kne susun blik jadual...

Khamis = collect sample + OFT + DCIP + HPLC
Ahad = HPLC + 1/2 Extraction
Isnin = 1/2 EXtraction + Dr.Rosnah
Selasa = Dilution sample + DNA Quantitation+ PCR
Rabu = PCR

Note : Extract blood for donor project at evening..after lunch hour..

Hope dpt la ikut jadual tu....

Wednesday, February 18, 2009

Bahana Handfon

"Sekumpulan lelaki berada di bilik persalinan di salah sebuah kelab 
exclusive lagi mewah di pusat bandar, setelah keluar dari gym, 
tiba-tiba kedengaran deringan handphone di penjuru bilik tersebut. 
Seorang lelaki menjawap panggilan itu dan terjadilah perbualan 
seperti berikut . . 


"Hello?" 

"Abang, nie sayang nie," 
"emmm . . " 
"Abang masih ada di kelab lagi ke? " 
"Iya." 
"sayang sekarang nie berada di shopping complex dua block dari 
kelab abang tu. Sayang ada nampak kain sutera terbaru . . cantik bang, 
boleh ke sayang beli? 
"Berapa harga nya?" 
"Cuma $1500.00 aje" 
"O.K, belilah kalau memang awak dah suka sangat" 


"Ahhh thanks bang dan tadi sebelum datang sini sayang ada singgah 

di Cycle & Carriage dan tengok Mercedes model terbaru 2001 . Sayang 
suka kat satu model tu. Dan sayang dah bincang dengan jurujualnya 
dan dia setuju nak bagi good price . . lagipun elok juga kita tukarkan 
dengan BMW yang kita beli tahun lepas tu. ." 


"Berapa harga yang dia bagi?" 

"Cuma $280,000 ..." 
"O.k tapi pastikan harga tu dah on the road." 


"Great!, before we hang up, ada satu perkara lagi..." 

"Apa?" "Abang jangan terkejut pulak, sayang dah semak akaun bank abang
dan....pagi tadi sayang singgah dipejabat ejen hartanah dan sayang 
dapat tau rumah yang kita tengok tahun lepas tu, sekarang nie untuk 
dijual!! 


Abang ingat tak? Rumah yang ada swimming pool bentuk love tu, ada 

taman orkid kat belakang , berhadapan dengan pantai tu.. cantik kan bang. 


" Berapa harga yang mereka minta?" 

" Cuma $740,000... o.k kan bang, dan sayang tengok dalam akaun kita 
boleh cover harga tu. " 


"Eloklah kalau macam tu, confirm cepat sebelum orang lain beli, 

tapi cuba dapatkan harga $700,000. OK?" 


"OK, abang sayang, terima kasih bang, kita jumpa malam nanti ye!! 

I Love You !!!" 



"Bye... I Love you too . . " 



Lelaki itu berhenti bercakap, menutup flap handphone . . .sambil 

mengangkat tangan yang memegang handphone tu dan bertanya pada yang 
ada dalam bilik tersebut: 


"ADA SESIAPA TAHU KE HANDPHONE NIE SIAPA PUNYA?"

SEMANIS KURMA


Cinta Tupai

Artikel dari "demipena"

Korang jagalah orang perempuan baik-baik. Jangan mempermainkan orang perempuan. Kitorang sepatutnya dibimbing oleh lelaki, bukan jadi mangsa,” ujar salah seorang penghuni dengan sedikit tersekat. Tentu sekali kerana menahan sebak.


“InsyaAllah, kitorang ke sini pun untuk belajar sesuatu. Dan insyaAllah akan kitorang sampaikan pada yang lain di luar sana,” balas saya.



Itulah kenangan yang tiba-tiba menerjah ke ingatan semalam. Sambil menyiapkan sedikit kerja, saya memicit butang TV. Mencari siaran-siaran menarik. Saya berhenti di siaran Semanis Kurma sebentar. Tajuk ‘Ditebuk Tupai’ membuatkan saya ingin terus menonton.


Lebih menarik tetamu yang dijemput adalah dari rumah Raudhatus Sakinah. Sebuah nama yang tidak asing buat saya. Nasihat yang mengetuk pintu kenangan saya itu sendiri datang daripada salah seorang penghuninya.


Ketika saya ke sana dua tahun lepas, saya diberitahu rata-rata penghuninya terdiri daripada gadis–gadis pernah terjerat dengan kerakusan nafsu buas lelaki. Mempunyai sejarah hitam terpalit di ruang memori. Lazimnya terperangkap dengan istilah mulia yang digunakan dengan jijik, cinta!


JERAT PERCINTAAN?

“ Alfaisal, nak tanya. Kalau aku nak couple dengan seorang budak ni. Boleh ke?” tanya seorang kawan kepada saya melalui Yahoo Mesengger.


“Oh kau dah nak kahwin ek?” tanya saya.

“Eh taklah, agakla aku muda lagi kot hehe,” balasnya.

“Hehe habis kau nak ber’couple’ sebab apa?” Saya kembali bertanya.

“Sebab aku dah jatuh cinta kat dia,” luahnya.

“Oh begitu. Nak tanya boleh, cinta atau keinginan nak berpasangan semata?” soal saya.

“Ada beza ke dua-dua tu?” Dia pula tertanya.

“Ada, kita biasa sebut cinta itu fitrah. Fitrah ini bukan emosi semata tapi menyeluruh. Merangkumi rasional. Cinta bukan sekadar nakkan perhatian, nak kasih mengasihi. Tapi perlu juga jelas mana hala tujunya. Ada tanggungjawabnya,” cadang saya.

“Selain itu kalau bercinta mestilah lindung-melindungi sebab sayang kan?” Tanya saya.

“A’ah betul,” balasnya.

“Adakah dengan menjalinkan hubungan, keluar dating, bagi dia harapan dan bagi dia risiko untuk terjebak dengan zina. Lagi haru, posibility kosong untuk bertanggungjawab ke atas dia melalui perkahwinan. Tu melindungi ke?” Soal saya.

“Emm… tak kot,” jawabnya pendek.

“Kalau dah bertunang pun kita tak boleh buka ruang yang boleh buat pasangan kita jatuh dalam kerosakkan dan membelakangkan Tuhan. Inikan pula yang langsung takda rancang pun nak kahwin,” jelas saya.

“Betul jugak,” balasnya.

“Jangan jadi macam kambing hehe,” ujar saya.

“Hah, kenapa pulak kambing ni haha,” dia tertanya.

“Iye la, kambing ni bila dia rasa nak berpasangan, dia ‘kahwin’ sesuka hati. Hilang dah kehendak tu. Buat selamba je ‘blah’. Dia mana tahu erti tanggung jawab, lindung melindungi, lengkap melengkapi. Tapi kita ni manusia, ada benda kena TANGGUNG dan nak JAWAB jumpa Tuhan nanti,”

“Tapi kalau mengaku diri macam kambing tak boleh buat apa la haha,” tertawa saya disambut dengan tawanya juga.

Kadangkala kita keliru, apakah itu cinta dan apakah pula sebuah keinginan semata. Akibat keliru maka kita membiarkan diri menyentuh dan disentuh walaupun belum halal. Akibat keliru kita membiarkan diri merosak dan dirosakkan.

Semua atas nama kononnya cinta.

IKUT PERASAAN MENGUNDANG RABUN JAUH
“Saya sebenarnya pernah terlanjur dengan si fulan. Dah banyak kali. Tapi saya sekarang dah insaf, apa saya perlu buat untuk bertaubat?” Luah seorang gadis meminta nasihat.

“Hmm, Alhamdulillah baguslah kalau sedar apa yang dibuat sebelum ni salah. Itu satu permulaan yang baik. Insaflah dengan sebenar-benar insaf. Jangan ulangi, dekati pun jangan kesilapan lalu tu. Itulah taubat,” saya berkongsi sekadar apa saya tahu.

“Masih belum terlewat untuk mula hidup baru.” Tambah saya lagi.

“Tapi kan, saya tak dapat nak tinggalkan si fulan tu. Sebab saya sayangkan dia,” ujar gadis tersebut.

Dari perbualan kami, saya mendapat tahu bahawa lelaki tersebut masih belum insaf. Rupanya, gadis ini sendiri tahu bahawa memang buayafriendnya itu sering bertukar-tukar pasangan di ranjang.

Sungguhpun begitu dia masih sukar meniggalkan buayafriendnya. Semua kerana sayang yang keliru. Dan gagal melihat ke mana gaya hidup tidak sihat sebegitu akan membawa mereka. Malah azabnya mungkin tidak perlu menanti selepas ajal, tetapi datang menghukum ketika hidup.

Semalam di dalam rancangan Semanis Kurma yang membincangkan isu Ditebuk Tupai. Terdapat panggilan daripada seorang wanita berkongsi masalah yang dilaluinya. Dia menceritakan bagaimana sebelum berkahwin, dia sering bertukar-tukar pasangan di ranjang.

Dia kemudiannya insaf dan menerima lamaran seorang lelaki untuk dijadikan isteri kedua. Lelaki tersebut tahu sejarah hitamnya dan bersedia menerimanya seadanya.

Tetapi si suami tadi dikatakan mempunyai tabiat panas baran. Dan setiap kali dia marah, dia akan mengungkit-ngungkit kisah silam wanita terbabit. Malah mula menyatakan perasangka bahawa mungkin sewaktu ketiadaannya. Wanita tersebut mengulangi tabiat lamanya.

Saya mengasihani nasib wanita terbabit. Sememangnya itu satu ujian daripada Allah SWT untuk meninggikan martabatnya andai dia berjaya mengharunginya. Dan terdapat pengajaran yang boleh kita ambil daripada perkongsiannya.

Perkongsiannya mengingatkan saya kepada kata-kata ustaz Hasrizal di dalam artikelnya,

“Di dalam artikel saya sebelum ini, saya berkongsi nasihat dengan adik-adik bahawa jika mereka yang bercouple dan buat ‘ringan-ringan’ sebelum berumahtangga akan menghadapi kesannya di masa hadapan. Apatah lagi jika terjebak ke kancah zina. Selepas berumahtangga, si suami akan terfikir, “jika dengan aku dia berani berzina, apa yang boleh menghalangnya dari berzina dengan orang lain?” Kecurigaan ini menyebabkan jiwanya gelisah setiap kali meninggalkan isteri di rumah. Manakala si isteri berfikir dengan kecurigaan yang sama. Akhirnya rumahtangga itu penuh dengan syak wasangka dan pantang ada yang mencuit, pasti berbalas tuduh menuduh. Inilah yang maksudkan sebagai “dosa hari ini, menjadi kecurigaan esok dan selamanya”…

Maka seharusnya ia menjadi renungan, pintu taubat sentiasa terbuka luas. Jangan kerana sayang yang keliru. Kita dihinggapi rabun jauh hingga sukar untuk melihat lebih daripada sekadar semalam dan hari ini.

Yang akhirnya mengundang duka di masa hadapan.

Sekiranya apa yang kita faham sebagai ‘kopi’ adalah sekadar cecair hitam. Maka mungkin apabila kita mencari kopi untuk diminum, kita terminum minyak hitam untuk kereta. Lantas mengundang bahaya.

Tetapi seandainya kita benar-benar tahu kopi itu bagaimana aromanya, rasanya, pekatnya. Tentu tidak akan tersilap antara kopi dengan pelbagai cecair lain.

Jadi, fahamilah apa itu cinta dengan sebenar-benar faham. Moga tak terperangkap dalam kekeliruan. Hingga ada yang jadi tupai, ada yang jadi kelapa.