Wednesday, August 15, 2012

"If You're Not The One"



If you’re not the one then why does my soul feel glad today?
If you’re not the one then why does my hand fit yours this way?
If you are not mine then why does your heart return my call
If you are not mine would I have the strength to stand at all

I'll never know whatthe future brings
But I know you're here with me now
We’ll make it through
And I hope you are the one I share my life with

I don’t want to run away but I can’t take it, I don’t understand
If I’m not made for you then why does my heart tell me that I am?
Is there any way that I can stay in your arms?

If I don’t need you then why am I crying on my bed?
If I don’t need you then why does your name resound in my head?
If you’re not for me then why does this distance maim my life?
If you’re not for me then why do I dream of you ?

I don’t know why you’re so far away
But I know that this much is true
We’ll make it through
And I hope you are the one I share my life with
And I wish that you could be the one I die with
And I pray in you’re the one I build my home with
I hope I love you all my life

I don’t want to run away but I can’t take it, I don’t understand
If I’m not made for you then why does my heart tell me that I am
Is there any way that I can stay in your arms?

‘Cause I miss you, body and soul so strong that it takes my breath away
And I breathe you into my heart and pray for the strength to stand today
‘Cause I love you, whether it’s wrong or right
And though I can’t be with you tonight
You know my heart is by your side

I don’t want to run away but I can’t take it, I don’t understand
If I’m not made for you then why does my heart tell me that I am
Is there any way that I could stay in your arms



*if ur not the one...tringat masa zaman matrix dulu...sgt2 suka dgr lagu ni..Niza, miss u much la..

Tuhan, Jagakan Dia

Hanya dirimu yang ku cinta,
Takkan membuat aku jatuh cinta lagi,
Aku merasa kau yang terbaik untuk diriku

Walau ku tahu kau tak sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadamu

Tuhan, jagakan dia,
dia kekasihku kan tetap milikku,
Aku sungguh mencintai,
sungguh menyayangi setulus hatiku



*Tuhan tolong jagakan dia untukku..

KAU

Dia kata dia anggap kau sebagai kawan je..Tak lebih dan memang takkan pernah lebih..Concern dia kat kau selama ni pun concern sebagai seorang kawan je..Memang la dia mengaku dia ada RASA kat kau..Dan dia sangat-sangat takut nak hilang kau...Dia taknak rasa macam yang dia rasa sebelum ni..Dia takut..

Dia tau kau dah ada girlfren, memang dia tau..Tapi dia tak pernah kisah pasal semua tu..Memang dia sangat selfish..Dia nak kau ada dengan dia macam biasa..Walaupun kau kadang-kadang macam nak lari dari dia..Dia tak kisah..Dia kata dia yang salah sebab dia pilih jalan ni...Tapi dia tak kisah, dia tetap nak teruskan jugak..Lagipun dia kawan je kan dengan kau..

Kawan yang sememangnya dia ada rasa..Kau kate kau tak baik..Memang dia tau kau bukan baik sangat pun...Tapi dengan dia kau baik je..Walaupun kadang-kadang kau ada jugak buat dia sakit hati..Bukan kadang-kadang la..selalu sebenarnya..

Aku tak tau ape yang ada pada diri kau...Tapi kemunculan kau dalam hidup dia, memang mengubah diri dia yang aku kenal...Dia yang ada pengalaman hidup sendiri..Bila kau muncul, aku nampak kegembiraan di wajah dia..Dia sangat gembira..Berkali-kali aku larang dia dari kawan dengan kau sebab aku tak nak dia kecewa memandangkan kau ni sudah berpunya...Aku takut dia rasa sakit lagi macam sebelum ni...Aku taknak tengok dia sakit lagi...Tapi dia degil, dia tetap dengan keputusan dia..Dia tetap nak berkawan dengan kau...

Ari isnin tu aku nampak dia sedih..Sangat sedih..Aku tau kenapa dia sedih..Mesti sebab kau..Walaupun dia anggap kau sebagai kawan, sebenarnya dia sangat-sangat sayang kan kau...Bila kau keluar dengan girlfren kau, dia rasa sangat sakit..Dia sangat sedih..Tapi dia taknak kau tau dia sedih..Sebab dia yang pilih jalan ni kan? So dia kena la accept semua ni..Dia cuba untuk bersabar..Dan dia terus bersabar..

Aku? memang aku tak tengok je..Macam biasa la, aku larang dia dari berkawan dengan kau lagi..Ok kali ni, dia kata dia akan cuba..dia akan cuba hilangkan kau dalam idup dia..Dia diam..Dia langsung xcari kau aku rasa... tapi bibir dia tak pernah lekang cerita pasal kau...Macam2 dia buat andaian sendiri..Andaian yang tak boleh aku terima bila dia kata "mesti kau tunggu mesej dari dia gak.. " "Mesti kau pun rasa rindu kat dia mcm dia rasa rindu kat kau"..Sampaikan dia nangis sebab sangat rindukan kau...

Aku? Aku pikir the worst thing je..Aku cakap kat dia " haha, takde maknanya dia tunggu mesej dari kau, dia dah ade gf, dia tak perlukan kau pun..Rindu?? Of coz la dia langsung tak rindu kau..Dah-dah la..Lupakan dia.." Tp dia??? Tetap jugak macam tu...Aku dapat tau dia dah delete FB dia..Dia kata biarla dia tetap kawan dengan kau tanpa dia tau ape2 pn dari Fb kau...Tentang kau dengan gf kau...Dia taknak tau pasal semua tu..

Dia terus nak berkawan dengan kau..Sebab dia dah pilih jalan ni from the start...So selagi hati dia boleh bertahan, selagi hati dia boleh bersabar...Dia akan tetap kawan dengan kau...Tak tau sampai bila, mungkin sampai kau kawen or mungkin sampai dia dah jumpe Mr Right dia..Mungkin...Dia tetap nak berkawan dengan kau..Ape yang ada pada kau? Mungkin sebab kau ceriakan hari-hari dia yang suram sebelum ni..Dia kata kau ni macam anugerah dr ALLAH..Macam ALLAH hantar kau kat dia untuk bagi dia rasa bahagia balik..bagi dia rasa gembira balik..Yess!! Yang pasti kau hanya dipinjamkan untuk dia rasa bahagia bukan untuk dia miliki..Sebab kau memang dah milik orang...

Apapun aku tak pernah salahkan kau..Aku nak ucap terima kasih banyak-banyak kat kau, sebab kau dah bahagia kan..Kau dah gembira kan dia..Macam yang dia kata " Kebaikan yang kau buat kat dia dah membutakan mata dia dari nampak kesalahan kau "...Thanks a lot buat kau...



Tuesday, August 14, 2012

Rejection? Dont be sad..

When someone rejects you, don't be sad. Because now they can keep their bag of rocks, while someone else has a beautiful diamond.

Kekasih Sandaran

Saya rasa inilah salah satu tindakan paling hina yang dilakukan oleh manusia, yakni mengambil seseorang untuk dijadikan kekasih sandaran atau backup
Saat wujud walau sehama rasa tidak percaya atau tiang perhubungan mula gugah, kita mula mencari kekasih sandaran. Kekasih just in case.
Ya, kalau dengan A tak berhasil, maka aku masih ada B.
Paling malang, B tidak tahu dan menyayangi kamu sepenuhnya. Seolah kamulah sang syurga. Padahal kamu cuma simpan dia untuk kecemasan.
Hina bukan?
Untuk apa kita lakukan ini? Saya sendiri tidak tahu. Mungkin kerana kita terlalu bodoh untuk komited dan menjadikan perhubungan sedia ada lebih kuat dan erat. Mungkin kerana kita ego dan percaya manis bicara limpah harta elok rupa mampu menambat sesiapa saja.
Kita jadi pembuli cinta. Kita hinggap dan terbang semula tanpa rasa berdosa.
Some people might say, "Hey, I'm just having fun here, dude."
Ya, kalau kedua-duanya sudah jelas sejak garis mula bahawa mereka cuma berkongsi rasa untuk gelak tawa, mungkin sedikit sentuh raba, atau nikmat hidup berdua dan bukan untuk selamanya - maka silakanlah.
Tetapi kalau kamu membiarkan kekasih sandaran kamu dalam keadaan buta, dia gembira atas hubungan kelas kedua, zalim benar.
Some people might say, "We should always have a backup plan, even in relationship."

Yeah, nice one, dimwit. A backup plan is how you can be a better person for your partner when, sometimes, you fucked up. Not to wander around and sprinkle your feelings and promises to others who are genuinely looking for something real in relationship.
Masih belum ingin peduli. Bayangkan satu hari kekasih anda tampil dan berkata, "I'm sorry, honey. My real relationship is actually working out and you're just a backup. So that's that."
Ketika itu tidak ada meme hodoh terbelalak dari 9gag yang mampu menggantikan wajah anda.
 
 
*di copy paste dr terfaktab.. (Khairulnizam Bakeri)

Monday, August 13, 2012

Mampukah aku???

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama...

Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan...


Mengalir air mataku
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan ayahnya, yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga...

Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah....

Tabah jiwaku
Setabah umi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Diterik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar....

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah.

Aku Tak Mahu Bakal Suamiku Berdosa..

 
 
 
Aku tak mahu dia berdosa,Lantas aku 
Berusaha menutup sempurna auratku.

Aku tak mahu dia berdosa...
Lantas aku perlengkapkan diriku...
Dengan ajaran agama...
Agar dapat membezakan...
Antara yang benar dan salah.

Aku tak mahu dia berdosa...
Lantas aku hadkan pergaulanku...
Dengan yang bukan mahramku.

Aku tak mahu dia berdosa...
Lantas aku menjaga diriku
Agar terhindar dari fitnah manusia.

Aku tak mahu dia berdosa...
Kerana aku sayangkan dia..
Dan aku tak mahu dia terhumban.....
Ke neraka jahanam kerana diriku.

Aku tak mahu dia berdosa
Kerana aku
Aku tak mahu bakal suamiku berdosa....

Bertuahnya Seorang Wanita

Seorang ibu adalah WANITA..
Seorang ISTERI juga WANITA..
Seorang anak GADIS semestinya seorang WANITA

Beruntungnya seorang WANITA....
Saat dia menjadi IBU...SYURGA berada di bawah telapak kakinya...
Saat dia bergelar ISTERI...Dia melengkapi separuh Agama suaminya..
Saat dia dipanggil anak gadis...Dia membuka pintu SYURGA untuk ayah dan saudara2 lelaki
dengan amal dan akhlak solehnya..
Maka sebenar-benarnya sangat beruntung seorang yang bergelar WANITA....

Dan ISLAM telah mengangkat darjat wanita berada di tempat selayaknya...

Alhamdulillah aku seorang wanita ,
dilahirkan sebagai anak gadis
dari rahim seorang muslimah...

Maka Ya ALLAH bentuklah diriku menjadi
seorang ISTERI..
seorang ANAK..
seorang UMMI..
seorang HAMBA MU
yang SOLEHAH...

Kerana sesungguhnya
Sebaik-baik perhiasan dunia , adalah WANITA SOLEHAH

Thursday, August 2, 2012

DIA

Dia cakap dia bukan budak baik..
Tapi bagi aku dia baik je..
Walaupun kadang2 aku ade rasa sakit jugak..
Bila dia buat aku cmtu..

Aku baru je kenal dia,
Tapi setiap kali jumpa dia aku rasa berdebar sangat,
Jantung bergerak kencang..
Cinta ke tu?
Ah, Aku xleh camni..
Ini bukan rasa cinta..
Aku baru kenal dia,
Tak mungkin aku leh jatuh cinta ngan dia..
Tidak!!!

Aku akui aku suka dia,
Aku suka kawan ngn dia,
Dan sekarang aku sudah mula rasa takut tuk hilang dia,
Aku taknak hilang dia..
Aku tak sanggup nk hilang dia..

Dia muncul dlm idup aku saat aku jatuh,
Dia jadi pemangkin untuk aku terus bangkit,
He bring back my life..
He brighten my day..
Ari2 aku rasa gembira bila dia ada ngn aku..
Aku rasa sayang nak ilang dia...

Dia kata dia tak baik,
Tapi bagi aku dia sangat baik,
Sbb dia dah bagi life aku balik,
Muncul dia satu anugerah untuk aku,
Aku bersyukur sgt2 pada Mu Ya Rabb,
Sebab Kau bg aku peluang tuk kenal dia,
Tuk jumpa dia..
Kebaikan yg mmg tak terbalas..
Kebaikan yg dia buat ni,
Berjaya membutakan mata aku dr melihat salah dia..
Ya, dia xpernah buat salah kat aku..
Cinta ke aku??
Tak mungkin aku cinta dia..
Ya..ini bukanlah perasaan cinta..
Aku tak perlu ada RASA ini..
Aku tak leh ada RASA ini..

Dia sebenarnya sudah ada yang punya,
Dia sebenarnya bf orang..
Sebab tu la aku tak leh nk ada rasa ini..
Ya, aku xleh nak ada rasa ini..
Ya, ini bukan lah cinta..
Ya, aku tak cintakan dia..
Ya, aku yakin..
Aku tak cintakan dia..

Biarkan aku terus berIMAGINASI...