Tuesday, July 6, 2010

Kisah Malam Pertama Kita

Selingan di sebalik Diet2..Kurus2..


“Malam Pertama Kita”

Satu hal sebagai bahan renungan Kita…
Tuk merenungkan indahnya malam pertama
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata
Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa

Justeru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut
Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara

Hari itu… mempelai sangat dimanjakan
Mandipun…harus dimandikan
Seluruh badan Kita terbuka….
Tak ada sehelai benangpun menutupinya. .
Tak ada sedikitpun rasa malu…
Seluruh badan digosok dan dibersihkan
Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan
Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih…

Itulah sosok Kita….
Itulah jasad Kita waktu itu

Setelah dimandikan.. ,
Kitapun dipakaikan gaun cantik berwarna putih
Kain itu …jarang orang memakainya..
Karena sangat terkenal bernama Kafan
Wangian ditaburkan kebaju Kita…
Bahagian kepala.., badan. .., dan kaki diikatkan
Tataplah…. tataplah. ..itulah wajah Kita
Keranda pelaminan… langsung disiapkan
Pengantin bersanding sendirian…

Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga
Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul
Kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga
Serta rasa haru para handai taulan
Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah Dzikir
Akad nikahnya bacaan talkin….
Berwalikan liang lahat..
Saksi-saksinya nisan-nisan. . yang telah tiba duluan
Siraman air mawar.. pengantar akhir kerinduan
Dan akhirnya…. tiba masa pengantin..
Menunggu dan ditinggal sendirian,
Tuk mempertanggungjawab kan seluruh langkah kehidupan

Malam pertama yang indah atau meresahkan..
Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah
Di kamar bertilamkan tanah..

Dan ketika 7 langkah telah pergi…..
Sang Malaikat lalu bertanya.
Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur…
Ataukah Kita akan memperoleh Siksa Kubur…..
Kita tak tahu…Dan tak seorangpun yang tahu….

Tip Untuk Kurus dan Langsing

Minum Banyak Air

Untuk sehari, minum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong. Ini dapat membantu mengurangkan selera makan secara semulajadi terutamanya bila anda minum sebelum makan makanan berat. Air kosong juga dapat mencantikkan kulit!!

Elakkan Minuman Manis/Air Berkarbonat

Minuman yang kandungan gulanya tinggi akan memudaratkan kesihatan. Elakkan diri anda dari penyakit kencing manis….

Jangan Berlapar

Anda akan cenderung untuk makan dengan lebih banyak apabila anda sudah tidak tahan lapar. Cuba disiplinkan diri anda dengan pengambilan sarapan pagi. Sarapan pagi dapat menstabilkan hormon dan paras gula di dalam darah dan meningkatkan kadar metabolism untuk membakar kalori. Tapi elakkan nasi lemak dan roti canai ye!!!

Makan Dengan Kerap Tetapi Sedikit

Ini dapat mengurang kuantiti makanan yang anda ambil pada satu-satu masa. Ingat, kerap tapi sedikit…..

Makan Dengan Perlahan

Anda digalakkan mengunyah makanan anda dengan lebih perlahan supaya dapat menikmati makanan tersebut tanpa perlu kuantiti yang banyak. Otak anda akan beri isyarat pada perut,…cukup…cukup…

Pastikan Menelan Makanan Yang Bercebisan Kecil

Menelan cebisan kecil makanan akan membuatkan anda cepat kenyang dan makanan mudah hadam.

Kurangkan Pengambilan Garam

Pengambilan garam yang tinggi menyebabkan tubuh badan anda menakung air yang banyak dan ini menambahkan berat badan anda. Kurang garam bermakna tubuh kurang air dan pastinya kurang berat badan.

Minum Jus Limau/Oren

Minuman masam akan menggalakkan pembakaran lemak. Ini pastinya akan dapat mengurangkan berat badan anda!!

Banyakkan Makan Buah dan Sayur

Ianya membekalkan vitamin, mineral dan serat yang cukup untuk tubuh. Kandungan lemaknya juga rendah.

Makan Makanan Pedas

Makanan pedas dapat membakar lemak dan kalori. Ini memudahkan proses penurunan berat badan.

Makan Banyak Bijirin dan Kekacang

Bijirin dan kekacang memberi sumber tenaga kerana mengandungi karbohidrat, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak. Amalkan selalu….

Tukar Cara Memasak

Merebus, memanggang dan mengukus adalah terbaik untuk kurangkan jumlah kalori. Cuba elakkan menggoreng atau menggunakan minyak yang banyak.

Tukar Bahan Makanan

Pilih bahan yang rendah lemak seperti susu rendah lemak untuk gantikan susu dan santan. Bijak mengolah bahan makanan pasti membantu usaha anda!!!

Tukar Minda : Diet Untuk Sihat Bukan Kurus

Ini dapat membantu anda dalam jangka masa yang panjang. Diet untuk sihat dapat mengubah fikiran anda untuk memilih makanan yang anda ambil. Ingat, U are what U eat!!!

Lakukan Sedikit Senaman

-Jalan cepat, gunakan tangga, berenang, berbasikal, - senaman-senaman ini dapat membakar kalori…

Elakkan Menimbang Berat Badan Setiap Hari

Berat badan anda tidak akan berkurang secara mendadak. Ini menyebabkan anda mudah kecewa dan putus asa. Pastikan anda teruskan program diet anda tanpa perlu menimbang setiap hari. Ingat, utamakan diet untuk sihat…pasti anda akan dapat hasilnya.

DIET Oh DIET

Hehehe..

Hasil dr dorongan Cik Asnah..Aku mencuba berlatih tuk diet..Siap bli lagi buku Diet Ain Maisarah..membantu la jugak buku tu..Tp tuk mendisipline kan diri ni..hanya aku je yang mampu..Diet tuk sihat k? Bukan tuk kurus..(padahal dalam hati ni dah menjerit.."Diet tuk kurus la"..) Cik Asnah dah siap pesan lagi kat aku b4 dia fly p Ireland tu..."Ain,aku nk tgk perubahan pada diri ko bile aku balik nnt"..

Alamak..cmne ni? ari sabtu?xstart pun lagi..Ade course..makan nasi lemak sarapan tu..siap petang tu bntai rm2 cendawan goreng,rm2 popia goreng n rm1 bebola..(melampau byk aku makan..kongsi ngn wana k)...Pastu siap order tomyam lak..balik mkn ngn maggi..Ahad? siap makan Nasi Blackpepper Chicken lagi kat harmoni cafe...Ptg tu masak lak Ruski Tom Yam Kaw..tp masak rebus je tau..rebus carrot,rebus maggi..toskan n then gaul ngn perencah..simple je..Kuat btul selera makan aku....tu yang berat melampau2 naik..dah jd bulat mcm bola dah..

Semalam, aku puase..(bukan pose tuk kurus tau,tp puase tuk penuhkan puase bln ramadhan)..sambil nyelam minum air sebenarnya..berbuka arini makan tomyam ayam yang byk sayur ngn soohoon rebus..tertipu..sikit gile soohoon tu..mlm sikit makn roti gardenia..hihihi..tp suke sebb timbang berat dah turun sikit...tapi xtau la kot arini bertambah balik..bkn xtau berat aku tu..dok kurang 1kg,dok tambah 1kg..mmg dah xp mane2 dah..kalo la berat tu lari dr badan aku n dia p dok kat hotel lain kan best...xdela aku ssh payah nk menampung dia dlm badan aku ni...Atoiii...

Alhamdulillah..arini still lg puase..Tp..dah terpk2 dah ni nk makan ape berbuka nnt..mcm2 terlintas..mihun sup la..sup perut la...tomyam la...arghhhhhhhhh...tensen tui ngn diri sendiri ni..




Salam..

Hurmm..dah lama rasanya aku tak menggerakkan jari jemari tuk menaip disini..last n3 16May 2010..Bercerita pasal diri ini..Xtau la ape yang aku rase sekarang..bimbang?gembira?sedih? sumenya bercampur mcm rojak..Mmg sekarang aku tengah bimbang..bimbang sgt ngn kesihatan diri DIA..bimbang sgt ngn progress master aku..bimbang pasal berat yang dah makin melambung..Aku sedih? sedih mengenangkan diri sendiri..sedih mengenangkan kesusahan hidup dia..sedih mengenangkan nasib kami..Aku gembira??mmg aku gembira..gembira yang membuatkankan ari2 aku masih mampu tersenyum..Sedangkan di benakku..dihatiku..Hanya aku yang tau..

Bln 9 duit scholarship last aku trime..bln tu jugakla kne byr insurans kete..akhir tahun kena jelaskan payment yuran master yang tertunggak..bertunang pun insyaALLAH bulan yang sama...Sumenya nk pakai duit..mane nk cari duit??Ahad 4July Dr.Rosline panggil..nasib baik la dapat extension grant sampai bulan 12..At least ade jugak la pluang tuk aku mintak dibayar gaji sampai bulan 12..InsyaALLAH..Tu pun kalo ade rezeki..kalo tak,terpaksala tangguhkan mana yang boleh ditangguh...

Kesihatan dia sekarang xmenentu..BronchiectASis yang ditanggungnya tu macam makin teruk..sangat mengganggu life dia..Sumenya sejak mak n kak dia p Umrah 9 Jun aritu..mungkin disebabkan faktor umah yang berhabuk menyebabkan dia batuk2..Batuk dia berlarutan sampai la ke hari ni..Arini aku dapat SMS dr dia " Setiap pagi yang memeritkan" Ya ALLAH,berilah ketabahan hati, n kekuatan padanya YA ALLAH....Nape la aku ditakdirkan jauh dr dia? Kalau la aku dekat dgn dia skrg..maunya aku heret dia p spital..atleast dpt gak tau takat mane teruknya sakit dia..dapat gak ubat dia makan..Ni tak..dok umah je..boleh baik ke?Tp aku xde kemampuan tu..