Tuesday, July 6, 2010

Tip Untuk Kurus dan Langsing

Minum Banyak Air

Untuk sehari, minum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong. Ini dapat membantu mengurangkan selera makan secara semulajadi terutamanya bila anda minum sebelum makan makanan berat. Air kosong juga dapat mencantikkan kulit!!

Elakkan Minuman Manis/Air Berkarbonat

Minuman yang kandungan gulanya tinggi akan memudaratkan kesihatan. Elakkan diri anda dari penyakit kencing manis….

Jangan Berlapar

Anda akan cenderung untuk makan dengan lebih banyak apabila anda sudah tidak tahan lapar. Cuba disiplinkan diri anda dengan pengambilan sarapan pagi. Sarapan pagi dapat menstabilkan hormon dan paras gula di dalam darah dan meningkatkan kadar metabolism untuk membakar kalori. Tapi elakkan nasi lemak dan roti canai ye!!!

Makan Dengan Kerap Tetapi Sedikit

Ini dapat mengurang kuantiti makanan yang anda ambil pada satu-satu masa. Ingat, kerap tapi sedikit…..

Makan Dengan Perlahan

Anda digalakkan mengunyah makanan anda dengan lebih perlahan supaya dapat menikmati makanan tersebut tanpa perlu kuantiti yang banyak. Otak anda akan beri isyarat pada perut,…cukup…cukup…

Pastikan Menelan Makanan Yang Bercebisan Kecil

Menelan cebisan kecil makanan akan membuatkan anda cepat kenyang dan makanan mudah hadam.

Kurangkan Pengambilan Garam

Pengambilan garam yang tinggi menyebabkan tubuh badan anda menakung air yang banyak dan ini menambahkan berat badan anda. Kurang garam bermakna tubuh kurang air dan pastinya kurang berat badan.

Minum Jus Limau/Oren

Minuman masam akan menggalakkan pembakaran lemak. Ini pastinya akan dapat mengurangkan berat badan anda!!

Banyakkan Makan Buah dan Sayur

Ianya membekalkan vitamin, mineral dan serat yang cukup untuk tubuh. Kandungan lemaknya juga rendah.

Makan Makanan Pedas

Makanan pedas dapat membakar lemak dan kalori. Ini memudahkan proses penurunan berat badan.

Makan Banyak Bijirin dan Kekacang

Bijirin dan kekacang memberi sumber tenaga kerana mengandungi karbohidrat, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak. Amalkan selalu….

Tukar Cara Memasak

Merebus, memanggang dan mengukus adalah terbaik untuk kurangkan jumlah kalori. Cuba elakkan menggoreng atau menggunakan minyak yang banyak.

Tukar Bahan Makanan

Pilih bahan yang rendah lemak seperti susu rendah lemak untuk gantikan susu dan santan. Bijak mengolah bahan makanan pasti membantu usaha anda!!!

Tukar Minda : Diet Untuk Sihat Bukan Kurus

Ini dapat membantu anda dalam jangka masa yang panjang. Diet untuk sihat dapat mengubah fikiran anda untuk memilih makanan yang anda ambil. Ingat, U are what U eat!!!

Lakukan Sedikit Senaman

-Jalan cepat, gunakan tangga, berenang, berbasikal, - senaman-senaman ini dapat membakar kalori…

Elakkan Menimbang Berat Badan Setiap Hari

Berat badan anda tidak akan berkurang secara mendadak. Ini menyebabkan anda mudah kecewa dan putus asa. Pastikan anda teruskan program diet anda tanpa perlu menimbang setiap hari. Ingat, utamakan diet untuk sihat…pasti anda akan dapat hasilnya.

No comments: