Sunday, March 27, 2011

Harum Subur di Hati

Salam..

Harum subur dihati..td jenguk2 kak firdzah punya blog, ade dia letak lirik lagu "Harum subur di hati" lagu yang dia sgt minat...bile tgk balik lirik2 lagu tu, mmg ade kena mengena ngn aku jgk..Harum subur di hati..membuatkan arini aku sgt rindu kat dia...ingat sgt kat dia..tmbah lak td Dr Syafa ty pasal dia..Dr Syafa kate mayb cystic fibrosis..aku pun ade agak cmtu jugak...tp xtau la kebenarannya..ALLAH lebih mengetahui segala-galanya..

Mcmne aku sayang dia, aku kena ingt kan? ALLAH hanya bagi pinjam dia kat aku..Aku patut bersyukur sgt, sbb aku dpt jugak sayang dia, dapat kasih sayang dr dia walau tuk sementara..

Abang, ain mintak maaf sbb ain xdpt tgk abg masa abg sakit tu..Ain ttp akan mendoakan abg..Ain ttp ingat abg..slama-lamanya...Abg tetap ade dalam hati ain...dekat dihati ain...Ain ade baca satu buku ni, buku tu ckp, ALLAH sbnarnya cemburu ngn kita,sbb tu la DIA amik org yang kita syg..Membuatkan ain sedar, ain dah terlebih syg abang..sdgkan tiada cinta yang kekal melainkan cinta kepada ALLAH...ALLAH nak ain jd yang lebih baik...insyaALLAH ain akan try jd yang lebih baik...ain tak kan lalai lagi...Ain redha dgn ketentuanNya..Sakit yang abang tanggung selama ni kifarah dosa, skrg2nya abang pegi dlm keadaan baik...Moga roh abang dicucuri rahmat dan ditempatkan dimaqam yang tinggi bersama org-org yang soleh. AMIN..

Last aku tgk dia b4 dia pergi masa aku p interview tu..truk jugak dia time tu..dia lansung xsedar aku dtg, xsedar aku dok sebelah dia..cume sblm p interview aku tego dia, borak jugak la kejap, dia wish gud luck tuk aku, dia mintak maaf sbb keadaan dia cmtu..sedih jugak time tu..sblm aku balik kelantan,dia pesan suh zaim drive leklok..Tak sangka dia nk pegi tinggalkan kami..

23 December 2010, bday dia ke-29..aku pergi sana secara illegal tnpa bgtau abah tp akhirnya kantoi jugak sbb bas rosak..perjalanan dr penang ke kb makan masa hampir 24jam..sedih kan..takut sume ade time tu..dah la xgtau abah...masa tu dia dah sakit,baru je kuar dr spital..tp dia ok je..ari 1st kami xbyk ckp,sbb dia xlarat sgt..tp 2nd day tu,dia gagahkan diri dia jugak, dia abiskan masa sehari tu ngn aku, kami borak2..byk crite..byk amik gambar dia time tu..siap celebrate besday lagi..Kak blikan dia kek..tapi xsangka tu adelah kali terakhir aku leh cebrate besday dia...Masa nk balik pun dia antar aku ke stesen bas, sdgkan time tu dia mmg xlarat..ngn tong oksigen tu dia angkut tuk antar aku...Pengorbanan dia...BEGITUKAH CINTA??

Abang..semoga abang damai dan tenang disana...

Byk sgt kenangan bersama..kami ade blog berdua..td godek2 blog terjumpe la entry yang dia postkan..ade beberapa lagu yang penah dia bg kat aku...


Tiada puisi atau lagu
Tiada potret tiada ragu
Yang dapat ku ilham seindahmu
Nyata kau satu dalam berjuta
Wahai jelita kau istimewa

Walau ku kembara sedunia
Walau ketemu ramai wanita
Nyata kau tiada tandingannya
Seikhlas hati aku menyinta
Kau istimewa, teristimewa

Daku berikrar
Wahai maharaniku
Bina mahligai syahdu
Hanya engkau dan aku di situ

Tiada mimpi atau fantasi
Tiada rasa lebih berseri
Semekar murni hatimu sayang
Siang dan malam, aku terbayang
Kau istimewa, buat ku tenang

Daku berikrar
Wahai maharaniku
Bina mahligai syahdu
Hanya engkau dan aku di situ

Ingin ku bawa kau ke awana
Ingin memadu kasih asmara
Sepanjang hayatku curah cinta
Sebenar-benar ucapan kata
Kau istimewa oh! Percayalah
Ku perlu cinta dari wanitaku nan istimewa
Beriku cintamu nan istimewa
10:29pm: 19 January 2009

Permata 



Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku yang ku sayangi..
23 January 2009: 2.07pm




keindahan pelangi adalah
keindahan wajahmu sayang
yang sering bermain dimata hatiku ini

keharuman bunga kasihku
hanyalah untukmu sayang
bagaikan pantai dan lautan
takkan terpisah

kasih sayangku ini hanyalah untukmu
kutelah berjanji
kaulah yang satu
dalam hati ini untuk selamanya
oh..sayang
9 February 2009: 6.30pm

Dan video maher zain-for the rest of my life adelah post terakhir dia bg tuk aku dan juga merupakan post terakhir dlm blog kami...

For the rest of my life...

Dlm sgt maknanya..for the rest of His life...dia syg aku...dia cinta aku...Hope impian dia akan tercapai kelak...

insyaALLAH..

No comments: