Monday, October 8, 2012

Cinta, tolong sampaikan pada Sepet..


Cinta

Tolong beritahu Sepet, aku ada pesanan buatnya,
Tolong beritahu Sepet, cinta agung adalah cintaNya,
Tolong beritahu Sepet, cinta manusia bakal membuatnya alpa,

Tolong nasihati Sepet, jangan menyintaiku lebih dari menyintai Yang Maha Esa,
Tolong nasihati Sepet, jangan mengingatiku lebih dari mengingati Yang Maha Kuasa,
Tolong nasihati Sepet, jangan mendoakanku lebih dari mendoakan ibubapanya,

Tolong katakan pada Sepet, dahulukan ALLAH kerana disitu ada syurga,
Tolong katakan pada Sepet, dahulukan ibubapanya kerana ditelapak itu syurganya,

Tolong ingatkan Sepet, aku terpikat kerana imannya bukan rupanya,
Tolong ingatkan Sepet, aku lebih cintakan zuhudnya bukan hartanya,
Tolong ingatkan Sepet, aku kasihinya keran perilakunya.

Tolong tegur Sepet, bila dia mula mengagungkan cinta manusia,
Tolong tegur Sepet, bila dia tenggelam dalam angan-angannya,
Tolong tegur Sepet, andai nafsu mengawal fikirannya.

Tolong sedarkan Sepet, aku milik Yang Maha Esa,
Tolong sedarkan Sepet, aku masih milik keluarga,
Tolong sedarkan Sepet, tanggungjawabnya besar pada keluarganya.

Tolong sabarkan Sepet, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta,
Tolong sabarkan Sepet, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindu.

Tolong pesan pada Sepet, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya,
Tolong pesan pada Sepet, aku tak mahu menjadi punca kegagalannya,
Tolong pesan pada Sepet, aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya.

Tolong khabarkan pada Sepet, aku tidak mahu melekakan dia,
Tolong khabarkan pada Sepet, aku mahu berjaya dalam impian dan cita-citaku,
Tolong khabarkan pada Sepet, jadilah penyokong dalam kejayaanku,

Tolong sampaikan pada Sepet, aku mendambakan cinta suci yang terjaga,
Tolong sampaikan pada Sepet, cinta kerana ALLAH tidah ternilai harganya,
Tolong sampaikan pada Sepet, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dgn Yang Maha Kuasa,

Tolong sampaikan pada Sepet, kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri.


p/s : Peringatan juga pada diri sendiri

No comments: