Thursday, May 16, 2013

Cabaran ketika bertunang

Selalu kita dengar, waktu bertunanng ni lah waktu yang mencabar. akan ada byk sangat dugaan dan cabaran. Tu la yang terjadi pada aku sekarang. Apa yang dia buat bagi aku ada je yang tak kena. dan last-last jadi gaduh. Atas sebab yang kecik je kitaorang jadi gaduh..

Perasaan cemburu aku makin teruk. memang kita cemburu sebab kita sayang..tu la yang aku rasa. cemburukan dia dengan kawan-kawan dia. tak patut aku rasa macam tu. tapi tu la hati ni tetap ada rasa cemburu. hasutan syaitan barangkali.

Sepanjang bertunang ni Masing-masing kena pandai jaga hati masing-masing. Macam pernah terjadi pada sorang kawan tu, masa bertunang la ada orang ketiga muncul dalam hubungan diaorang sedangkan selama 8 tahun dorang bercinta tanpa gangguan. kenapa masa bertunang baru ada?? hampir-hampir putus tunang..Tapi Alhamdulillah. masih lagi berjaya diselamatkan..

" Bila kita berusaha membuat persiapan  perkahwinan, jangan lupa syaitan juga berusaha untuk memutuskan hubungan kita kerana syaitan tak suka kepada yang halal "



bertunang itu untuk kita belajar mengenali pasangan kita dari sudut luaranya saja.sudah bernikah nanti barulah kita tau sikap tunang kita sebenarnya. jadi semasa bertunang itulah kita kena pupuk kan kasih sayang ( mengikut cara islam ) beri perhatian yang lebih padanya supaya dirinya rasa dihargai. kerana ini semua akan memberi kenangan padanya. dan keyakinan padanya. harus diingat cara kita melayan dia juga ada kalanya boleh buat tunang kita tak yakin atau yakin pada kita. jangan sesekali endah tak endah dengan perasaan tunang kita. jadikan lah dan belajarlah jadikan dia tempat mengadu . bagi seorang lelaki bagaimana dia nak jadi seorang pembimbing kalau pasangannya bersikap negatif padanya. fikirkanlah kebaikkanya juga. tak ada manusia yang betul2 baik di dunia. sesudah berkahwin nanti berjemaahlah selalu. kalau pasangan kita sayang pada kita percayalah apa pun dia akan buat bersama2 kita.masaallah nikmatnya rasa kasih sayang yang tuhan beri untuk kita..... kasih sayang . sikap sabar dan timbang rasa   itu paling penting  dalam sesuatu hubungan selain agama. kerana masa sekarang terlalu banyak orang yang baik pada luaranya dan bertopengkan agama semata untuk mendapatkan apa saja. dan lagi satu terimalah keburukan pasangan anda dan sama sama lah berbincang untuk memperbaikinya.


Belajar lah untuk berubah wahai NURUL AIN FATHMA...InsyaALLAH...


Ya ALLAH, permudahkan lah segala urusan kami dalam mnuju redhaMu Ya Allah..titipkan lah kemesraan dalam hubungan kami..semaikan lah kasih sayang dalam hubungan kami Ya Allah..satukan lah hati-hati kami Ya Allah..Jauhkan lah persengketaan dalam hati-hati kami Ya Allah..Berikanlah kami kekuatan untuk menghadapi dugaanMu di hari-hari mendatang Ya Allah..Kuatkanlah ikatan perhubungan kami sehingga sampai ke syurgaMu Ya Allah.. Amin Ya Rabb..Amin..

1 comment:

hasnah said...

ain...sabar...ini kali berubah lah...jgn cemburu sangat, ok..anyway, nice kata2 di blog...leh jadi panduan utk diri sendiri